Menu

10D7N BALKAN 5 NEGARA

10 Days 7 Nights
TEKAN WHATSAPP UNTUK TEMPAHAN

Harga bermula

RM8,700

  • Hotel
  • KLIA
  • Pagi/Tengah Hari/Malam
  • Private transport
  • Tour guide

Itinerary

Hari 1 :
KUALA LUMPUR - ISTANBUL - ZAGREB

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Zagreb. (Transit di Istanbul)
Bermalam di Zagreb.

Hari 2 :
ZAGREB - BIHAC

Lawatan di Zagreb:

  • Antara lokasi utama yang dikunjungi ialah Ban Jelacic Square. Di kawasan
    ini juga terletaknya Zagreb City Skale Model, Ban Jelacic Statue & Lotrscak
    Tower.
  • Melawat Islamic Center and Mosque ialah pusat keagamaan dan
    kebudayaan utama bagi komuniti Muslim di Croatia.
  • Menikmati keindahan alam semula jadi di Plitvice Lakes National Park,
    yang digelar sebagai “syurga dunia” kerana kecantikan tasik berwarna biru
    zamrud, air terjun bertingkat serta kehijauan hutan semula jadi yang
    memukau.
    Bermalam di Bihac.
Hari 3 :
BIHAC - SARAJEVO

Lawatan di Jajce:

  • Berfoto di Pliva Lakes dan Watermill Open Air Museum yang cukup unik
    dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu di atas Pliva River di Jajce.
  • 116 Monument sebuah monumen peringatan yang dibina bagi mengenang
    tragedi sejarah yang berlaku di perkampungan Ahmići ketika perang Bosnia.
  • Džamija Malezija juga dikenali sebagai Malaysia Mosque merupakan
    sebuah masjid yang dibina hasil sumbangan dan hubungan persahabatan
    antara Malaysia dan Bosnia & Herzegovina selepas perang Bosnia.
  • Bersiar- siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang
    semulajadi taman ini.
  • Tunnel of Hope: Terowong yang dibina ketika Perang Bosnia dan digunakan
    penduduk setempat bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan
    ketika mana pada waktu
Hari 4 :
SARAJEVO - MOSTAR

Lawatan di Sarajevo:

  • Membeli-belah di Bascarsija, bazar tradisional paling terkenal di Sarajevo
    yang dipenuhi kedai cenderamata, kraftangan tembaga, restoran tempatan
    serta suasana klasik era Ottoman. Di sini juga terletaknya Sebilj, monumen
    air pancut kayu ikonik yang dibina pada tahun 1753 dan menjadi mercu
    tanda utama bandar Sarajevo.
  • Gazi Husrev-Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia
    dibina pada tahun 1530.
  • Vijecnica (Sarajevo City Hall) terletak di persimpangan tiga jalan utama di
    Sarajevo, menjadi monumen yang melambangkan kemajmukan budaya
    Bosnia.
    Lawatan di Mostar:
  • Mostar Bridge: jambatan ikonik Bosnia yang dibina pada abad ke-16
    berdasarkan senibina Islamik Balkan. Kini menjadi Tapak Warisan Dunia
    UNESCO serta simbol perpaduan Mostar, terkenal dengan tradisi terjunan
    ke sungai.
  • Membeli-belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terkenal di
    sepanjang Neretva River.
  • Turkish House yang dibina pada abad ke-17 ini memaparkan senibina
    tradisional Bosnia-Turki.
  • Koski Mehmad Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618
    berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki.
  • Bey Mosque adalah masjid yang terbesar dan salah satu yang tercantik di
    Herzegovina. Masjid ini menjadi pusat keagamaan dan pendidikan sejak
    zaman Uthmaniyah, dan masih digunakan hingga kini.
    Bermalam di Mostar.
Hari 5 :
MOSTAR - TREBINJE

Lawatan di Dubrovnik:

  • Lawatan ke Old City of Dubrovnik yang dikenali sebagai Pearl of the Adriatic
    kerana keindahan kota lama dan pemandangan lautnya yang memukau. Turut
    melawat Walls of Dubrovnik, tembok pertahanan bersejarah yang menjadi
    Tapak Warisan Dunia UNESCO.
  • Bergambar di Onofrio's Fountain, air pancut ikonik yang dibina pada tahun
    1438, serta melihat Rector's Palace yang kini dijadikan muzium sejarah
    kebudayaan Dubrovnik.
  • Turut mengunjungi Clock Tower yang terkenal dengan jam besar dan loceng
    gangsa bersejarah di tengah kota Dubrovnik.
    Bermalam di Trebinje.
Hari 6 :
TREBINJE - KOTOR - SHKODER

Lawatan di Kotor:

  • Melawat Old Town of Kotor, kota tepi laut bersejarah yang terkenal dengan
    lorong batu klasik, seni bina Venetian dan tembok kota yang menjadi Tapak
    Warisan Dunia UNESCO.
  • Turut mengunjungi Cathedral of Saint Tryphon, antara gereja tertua di Eropah
    terkenal dengan seni bina Romanesque dan sejarah keagamaan yang unik.
  • Bersiar-siar di sekitar Kotor City Walls yang dahulunya berfungsi sebagai kubu
    pertahanan utama bandar pelabuhan Kotor.
  • Bergambar di Clock Tower serta menikmati suasana meriah di Square of Arms
    yang dipenuhi kafe, re
Hari 7 :
SHKODER - OHRID

Lawatan panorama di Tirana:

  • Ethem Bey Mosque, Skanderbeg Square dan Skanderbeg Monument.
    Lawatan di Ohrid:
  • Melawat Old Bazaar, kawasan pasar bersejarah sejak zaman Uthmaniyah yang
    terkenal dengan lorong klasik, kedai tradisional dan suasana budaya yang unik
    di bandar Ohrid.
  • Turut mengunjungi Ali Pasha Mosque, masjid bersejarah yang dibina pada
    akhir abad ke-15 dan menjadi antara pusat perkembangan komuniti Muslim di
    Ohrid.
  • Masa bebas di Činar Square yang terkenal dengan pokok Old Chinar Tree
    berusia lebih 1000 tahun serta suasana santai di tengah bandar lama.
    Bermalam di Ohrid.
Day 08 :
OHRID - SKOPJE - KUALA LUMPUR

Lawatan di Tetovo:

Seterusnya melawat Daut Pasha Hammam, bangunan hamam Uthmaniyah
bersejarah yang kini dijadikan Galeri Seni Nasional Macedonia Utara.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang terus ke
Kuala Lumpur. (Transit di Istanbul) .

Sarena Painted Mosque: Kompleks masjid yang berwarna - warni ini dibina
pada tahun 1438 dan turut menempatkan laman bunga, sekolah Medresa dan
Turbe (makam) 2 beradik perempuan yang menaja pembinaan masjid ini.
Lawatan di Skopje:

Lawatan ke Skopje Fortress atau Kale Fortress, kubu bersejarah abad ke-6
yang menawarkan panorama indah bandar dan Sungai Vardar.

Turut melihat Stone Bridge, jambatan batu ikonik yang dibina pada tahun 1451
dan menjadi simbol utama bandar Skopje.

Masa bebas di Macedonia Square untuk membeli-belah cenderamata serta
menikmati suasana bandar sebelum bersiar-siar di Old Bazaar yang terkenal
dengan budaya dan makanan tradisional tempatan.

Bergambar di Warrior on a Horse atau lebih dikenali sebagai Alexander The
Great Statue, mercu tanda utama di tengah bandar Skopje.

From RM8,690
/ Adult
From RM7,731
/ Child No Bed (3-6 years)
From RM8,590
/ Child Twin
From RM8,160
/ Child With Bed (7 - 12 years)
From RM1,500
/ Infant
  • Harga Berpatutan
  • Tiada Booking Fee
  • Professional Local Guide
Whatsapp kami