-
Hotel
-
KLIA
-
Pagi/Tengah Hari/Malam
-
Private transport
-
Tour guide
Itinerary
Tiba di Lapangan Terbang London (Heathrow / Gatwick) dan disambut oleh wakil kami sebelum dipindahkan ke hotel untuk daftar masuk.
Selepas perjalanan jauh, anda boleh berehat atau meluangkan masa santai meneroka kawasan sekitar hotel untuk merasai suasana awal kota London.
Bermalam di London
Selepas sarapan, mulakan lawatan sekitar bandar London yang penuh dengan mercu tanda ikonik.
Antara lokasi lawatan termasuk Big Ben dan Palace of Westminster yang terletak di tepi Sungai Thames.
Seterusnya, singgah di Westminster Abbey (luaran) dan bergambar di Buckingham Palace — kediaman rasmi diraja British.
Lawatan diteruskan ke Trafalgar Square sebelum menikmati pemandangan di London Eye (optional).
Akhiri hari dengan singgah di Tower Bridge dan masa bebas di Covent Garden serta Oxford Street untuk shopping.
Bermalam di London
Selepas sarapan, bertolak ke Dover dan menaiki feri merentasi Selat Inggeris menuju Calais, Perancis — satu pengalaman unik perjalanan antara dua negara.
Setibanya di Perancis, perjalanan diteruskan ke Paris.
Nikmati lawatan orientasi termasuk Eiffel Tower (photo stop di Trocadéro), pemandangan Sungai Seine, laluan terkenal Champs-Élysées dan Arc de Triomphe.
Daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Paris
Selepas sarapan, terokai bandar romantik Paris.
Lawatan termasuk Louvre Museum (optional masuk), serta melihat Notre-Dame Cathedral dari luar.
Seterusnya, berjalan di kawasan Latin Quarter yang penuh kafe klasik, dan melawat Montmartre serta Sacré-Cœur Basilica dengan pemandangan panorama bandar.
Akhiri hari dengan membeli-belah di Galeries Lafayette atau menikmati Seine River Cruise (optional).
Bermalam di Paris
Selepas sarapan, bertolak ke Brussels untuk persinggahan ringkas.
Seterusnya perjalanan ke Amsterdam.
Lawatan termasuk kawasan pusat bandar seperti Dam Square dan Royal Palace Amsterdam.
Anda juga boleh menikmati canal cruise (optional), melawat kilang berlian serta kawasan Zaanse Schans yang terkenal dengan kincir angin, serta bengkel keju dan kasut kayu tradisional.
Daftar masuk hotel.
Bermalam di Amsterdam
Selepas sarapan, hari ini lebih santai untuk anda menikmati suasana Amsterdam.
Luangkan masa berjalan di Kalverstraat — jalan membeli-belah utama, dan singgah ke Albert Cuyp Market yang meriah dengan pelbagai barangan tempatan.
Optional:
Lawatan ke Volendam atau Giethoorn yang dikenali sebagai “Venice of the North”.
Bermalam di Amsterdam
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke lapangan terbang Amsterdam Schiphol Airport untuk penerbangan pulang.
Tiba di Malaysia dengan kenangan indah menjelajah kota-kota utama Eropah

