-
Private transport
-
4-6
-
Hotel 4 star
-
Pagi/Tengah hari/Malam
-
Tour guide bahasa Indonesia
-
KLIA
Itinerary
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati, Majalengka, anda akan disambut dan terus memulakan lawatan bandar Bandung.
Dalam perjalanan, singgah untuk melihat Asia Africa Conference Building, Alun-Alun Bandung, Braga Area dan Gedung Sate untuk bergambar.
Lawatan diteruskan ke Masjid Al-Jabbar, masjid tercantik di Jawa Barat, dan Punclut Dago Bakery.
Selepas makan malam, pemindahan ke hotel untuk check-in.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lembang untuk melawat The Lodge Maribaya dan Lembang Floating Market.
Makan tengah hari di restoran tempatan.
Lawatan diteruskan ke Lembang Farm House (Hobbit House) dan membeli-belah di Rumah Mode Factory Outlet.
Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk check-in / berehat.
Sarapan pagi di hotel, bertolak ke Ciwidey untuk melawat Kawah Putih dan Glamping Lake Side.
Makan tengah hari di restoran tempatan.
Selepas itu, membeli-belah di Cibaduyut (kedai kulit untuk beg dan kasut) dan beberapa factory outlet di Jalan Dago.
Sarapan pagi di hotel. Lawatan membeli-belah di Pasar Baru Trade Centre, diikuti makan tengah hari di restoran tempatan.
Seterusnya, membeli-belah di Toko Tiga untuk jeans dan T-shirt asli, serta di Rumah Kain O’Best, kemudian melawat beberapa factory outlet di Jalan Riau.
Sarapan pagi di hotel, membeli-belah ke KARTIKA SARI untuk kek dan brownies, selepas itu bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas


