Spring (Cherry Blossom), summer & autumn Season
Harga bermula
RM2,881/Minimum 10/Pax
-
Private transport
-
10
-
Hotel 3 star
-
Pagi/Tengah hari/Malam
-
Tour guide
-
KLIA
Itinerary
Setibanya anda di Lapangan Terbang Incheon, anda akan bertemu dengan wakil kami. Lawatan bandar akan bermula dengan kunjungan ke Istana Gyeongbokgung, National Folk Museum dan Presidential Blue House. Seterusnya, lawatan ke Muzium Rumpai Laut dengan pemakaian hanbok (pakaian tradisional Korea), diikuti kunjungan ke Menara Namsan Seoul dan Love Lock Wall. Lawatan diteruskan ke Masjid Antarabangsa di Seoul serta menyusuri Jalan Itaewon. Makan tengah hari disediakan di restoran Muslim (Bulgogi Halal). Makan malam: dihidangkan di restoran Muslim
Anda akan bertemu dengan wakil kami di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Nami. Nikmati pelayaran tasik dan bersiar-siar santai di laluan pokok yang indah, lokasi penggambaran drama Korea terkenal “Winter Sonata”. Selepas makan tengah hari, anda akan menaiki Gangchon Rail Bike atau Samcheok Ocean Rail Bike. Seterusnya, masa bebas untuk membeli-belah di Dongdaemun Market. Makan tengah hari disediakan di restoran BBQ Ayam Halal manakala makan malam disajikan di restoran Muslim.
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Insadong Cultural Street dan Kampung Tradisional Bukchon Hanok. Seterusnya, kunjungi Dataran Gwanghwamun dan Sungai Cheonggyecheon sebelum melawat COEX Mall dan Starfield Library. Aktiviti membeli-belah diadakan di National Ginseng Center atau Amethyst Factory. Makan tengah hari disediakan di restoran makanan laut Korea manakala makan malam disajikan di restoran Muslim.
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Hongdae Picasso & Busking Street. Aktiviti membeli-belah diadakan di Pine Tree Center dan kedai kosmetik Korea bebas cukai, diikuti dengan membeli-belah di gedung bebas cukai Shinsegae. Seterusnya, masa bebas untuk membeli-belah di Namdaemun Street Market dan Myeongdong Fashion Street. Makan tengah hari disediakan di restoran makanan laut Korea (Seafood Hotpot) manakala makan malam disajikan di restoran Muslim.
Sarapan pagi di hotel dan proses daftar keluar. Anda akan bertemu dengan pemandu kami untuk dibawa ke Lapangan Terbang El Nido (ENI) mengikut jadual penerbangan. Sila tiba di lapangan terbang 3–4 jam sebelum waktu penerbangan.


