Menu

6D4N DUBAI + ABU DHABI

6 Days
DATE AVAILABLE : 22/5 | 28/5 | 29/5 | 30/5 | 31/5 | 1/6 | 2/6
TEKAN WHATSAPP UNTUK TEMPAHAN

Harga bermula

RM3,788

  • Hotel
  • KLIA
  • Pagi/Tengah Hari/Malam
  • Private transport
  • Tour guide

Itinerary

Hari 1 :
KUALA LUMPUR-DUBAI (D)

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Dubai. Setibanya di sana, anda akan memulakan lawatan ke bahagian moden bandar Dubai.

Nikmati pemandangan indah sekitar Dubai Marina, melalui Palm Jumeirah – pulau buatan berbentuk pokok palma yang ikonik, serta singgah bergambar di Burj Al Arab.

Seterusnya, perhentian foto di Museum of the Future dan Dubai Frame. Luangkan masa bebas di Dubai Mall sebelum makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 2 :
DUBAI - ABU DHABI (B/D)

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Abu Dhabi.

Lawatan termasuk ke Sheikh Zayed Grand Mosque – antara masjid paling indah di dunia. Anda juga akan melalui kawasan Corniche Abu Dhabi dan singgah bergambar di Emirates Palace (jika masa mengizinkan).

Kemudian, kunjungi Heritage Village untuk melihat budaya tradisional Emirati. Seterusnya, bergambar di Ferrari World Abu Dhabi yang terkenal di Pulau Yas. Bermalam di hotel.

Hari 3 :
FREE & EASY (B)

Sarapan pagi di hotel. Hari ini anda bebas untuk meneroka Dubai mengikut minat sendiri — sama ada shopping, café hunting atau explore attraction tambahan. Bermalam di hotel.

Hari 4 :
DESERT SAFARI (B/D)

Selepas sarapan, lawatan diteruskan dengan pengalaman budaya Dubai.

Naiki bot tradisional ‘abra’ merentasi Dubai Creek dari Bur Dubai ke Deira. Lawati souk emas dan rempah yang terkenal.

Pada waktu petang, bersedia untuk pengalaman Desert Safari — menaiki 4WD merentas padang pasir (dune bashing), diikuti makan malam BBQ buffet serta persembahan tradisional di kem padang pasir. Kembali ke hotel selepas aktiviti.

Hari 5 :
DUBAI - KL

Sarapan pagi dan masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 6 :
KUALA LUMPUR

Tiba di KLIA dengan kenangan indah dari bumi Dubai & Abu Dhabi ✨

  • Hotel
  • KLIA
  • Pagi/Tengah Hari/Malam
  • Private transport
  • Tour guide
Whatsapp kami