1 NIGHT AT JAKARTA – 2 NIGHT AT BANDUNG – 2 NIGHT AT JOGJAKARTA
Harga bermula
RM1,625/SEORANG
-
Private transport
-
4-6
-
Hotel 3 star
-
Pagi/Tengah hari/Malam
-
Tour guide bahasa Indonesia
-
KLIA
Itinerary
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, anda akan disambut dan dipindahkan terus untuk lawatan bandar Jakarta.
Lawatan akan melalui beberapa tarikan utama seperti Monumen Nasional (Monas) dan Masjid Istiqlal, serta Istana Presiden untuk bergambar.
Makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas itu, masa untuk membeli-belah di Thamrin City Mall.
Kemudian, terus transfer ke hotel untuk check-in. Makan malam akan disediakan di restoran tempatan.
Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak ke Bandung melalui Lebuhraya Cipularang. Perjalanan mengambil masa lebih daripada 3 jam.
Setibanya di Bandung, lawatan bandar dimulakan dengan melalui beberapa tarikan utama seperti Bangunan Konferensi Asia-Afrika, Alun-Alun Bandung, Kawasan Braga, dan Gedung Sate untuk bergambar.
Masa untuk membeli-belah di Pasar Baru Trade Centre sebelum makan tengah hari di restoran tempatan.
Selepas itu, lawatan diteruskan ke beberapa factory outlet di Jalan Riau untuk membeli-belah.
Makan malam di restoran tempatan, kemudian transfer ke hotel untuk check-in dan program bebas.
Sarapan pagi di hotel, kemudian lawatan Bandung diteruskan ke Lembang Floating Market dan Rainbow Garden.
Makan tengah hari di restoran tempatan.
Selepas itu, lawatan diteruskan ke Lembang Farm House (Hobbit House) dan sesi membeli-belah di Rumah Mode Factory Outlet.
Makan malam di restoran tempatan, kemudian kembali ke hotel untuk program bebas.
Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak ke Jogjakarta melalui lebuh raya, perjalanan mengambil masa lebih 7 jam.
Makan tengah hari akan dihidangkan di perjalanan.
Setibanya di Jogjakarta pada sebelah petang, terus transfer ke hotel untuk check-in.
Makan malam di restoran tempatan, kemudian program bebas.
Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak ke kawasan Gunung Kidul.
Lawatan termasuk Pantai Timang dengan Jeep 4x4 (pilihan gondola ride).
Makan tengah hari di restoran tempatan.
Selepas itu, lawatan diteruskan ke HeHa Sky View dan Bukit Bintang untuk menikmati pemandangan panorama bandar Jogjakarta.
Makan malam dihidangkan sebelum kembali ke hotel.
Sarapan pagi di hotel, shopping ke kawasan Malioboro, Omah Mode kemudian transfer ke airport untuk berlepas


