2 NIGHT AT JOGJAKARTA – 1 NIGHT AT BROMO – 1 NIGHT AT MALANG – 1 NIGHT AT SURABAYA
Harga bermula
RM1,880/SEORANG
-
Private transport
-
4-6
-
Hotel 4 bintang
-
Pagi/Tengah hari/Malam
-
Tour guide bahasa Indonesia
-
KLIA
Itinerary
Setibanya di Lapangan Terbang Kulon Progo, Jogjakarta, anda akan disambut dan terus dipindahkan ke restoran tempatan untuk makan tengah hari.
Selepas itu, bertolak ke kawasan Gunung Kidul untuk lawatan Pantai Timang (Timang Beach) menggunakan Jeep 4x4 (gondola ride pilihan).
Lawatan diteruskan ke HeHa Sky View dan Bukit Bintang untuk menikmati pemandangan panorama bandar Jogjakarta.
Makan malam dihidangkan sebelum transfer ke hotel untuk check-in.
Hari ini, lawatan ke Kampung Kali Adem untuk menyaksikan kesan letusan Gunung Merapi sebelum ini menggunakan Jeep 4x4, termasuk Merapi Landmark, Sisa Harta Ku dan Alien Stone.
Makan tengah hari di restoran tempatan.
Selepas itu, bertolak ke Magelang untuk bergambar di Pelataran Candi Borobudur (Tiket masuk pilihan).
Shopping program di Cosmo, Omah Mode FO dan Dowa Back Outlets.
Makan malam, kemudian kembali ke hotel untuk program bebas.
Sarapan pagi di hotel.
Bertolak ke Bromo melalui lebuh raya, perjalanan mengambil masa lebih 6 jam.
Dalam perjalanan, singgah di Tanggul Angin – pusat pembuatan barang kulit, dan Lumpur Lapindo.
Makan tengah hari di restoran tempatan.
Setibanya di Bromo, terus check-in hotel. Program bebas di hotel.
Makan malam akan disediakan di hotel.
Panggilan awal pada 4:30 pagi.
Bertolak dari hotel untuk meneroka matahari terbit Gunung Bromo dari Mt. Penanjakan / View Point (bergantung pada cuaca). Selepas sesi bergambar, kembali ke hotel untuk sarapan pagi dan bersedia untuk check-out.
Teruskan perjalanan ke Batu, singgah untuk makan tengah hari di restoran tempatan, kemudian lawatan ke Apple Plantation dan Cuban Rondo Waterfall.
Lawatan diteruskan ke Batu Floating Market.
Selepas makan malam, transfer ke hotel di Malang untuk check-in dan program bebas.
Sarapan pagi di hotel.
Bertolak balik ke Surabaya melalui Prigen. Setibanya di Surabaya, lawatan akan meliputi:
- Monumen Kapal Selam (Submarine Monument)
- Monumen Surabaya
- Pasar Grosir Surabaya untuk membeli-belah
- ITC Jembatan Merah untuk shopping
Selepas makan malam, transfer ke hotel untuk check-in dan program bebas.
Sarapan pagi di hotel, percuma sehingga pemindahan ke lapangan terbang untuk berlepas


