Menu

8D6N UZBEKISTAN

8 Days
DATE AVAILABLE : 23/3 | 13/4 | 30/4 | 14/5 | 28/5 FULLBOARD
TEKAN WHATSAPP UNTUK TEMPAHAN

Harga bermula

RM7,388

  • Hotel
  • KLIA
  • Pagi/Tengah Hari/Malam
  • Private transport
  • Tour guide

Itinerary

Hari 1 :
KUALA LUMPUR – TASHKENT (MOB)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan anda ke Uzbekistan.

Setibanya di Tashkent International Airport, anda akan memulakan pengenalan ringkas mengenai bandar Tashkent, ibu negara Uzbekistan.

Seterusnya menikmati makan malam sebelum dipindahkan ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Bermalam di Tashkent:
Azimut Hotel 4★ atau hotel setaraf.

Hari 2 :
TASHKENT (572 km) BUKHARA (B/L/D)

Seawal pagi, anda akan bertolak dari Tashkent ke Bukhara menaiki Afrosiyob High-Speed Train atau kereta api ekspres (sarapan kotak dari hotel).

Setibanya di Bukhara, anda akan memulakan lawatan ke bandar lama yang penuh dengan sejarah dan seni bina Islam klasik.

Lawatan termasuk:

  • Lyabi Khauz Ensemble yang dikelilingi tiga bangunan monumental iaitu:
    • Kukeldash Madrassah
    • Khanaka
    • Nodir Divan Madrassah
  • Berjalan melalui Trading Domes, bazar perdagangan Timur yang terkenal dan pernah menjadi pusat aktiviti perdagangan utama di Bukhara.
  • Laluan bazar ini menghubungkan kawasan Lyabi Khauz sehingga ke Miri Arab Madrassah.

Bermalam di Bukhara:
Turon City Plaza Hotel 4★ atau hotel setaraf.

Hari 3 :
BUKHARA (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, anda akan meneruskan lawatan ke beberapa monumen bersejarah di Bukhara.

Antara tempat yang akan dilawati:

  • Mausoleum of Ismail Samani – makam yang dibina pada penghujung abad ke-9 dan merupakan antara seni bina Islam tertua di Asia Tengah.
  • Chashma Ayub Mausoleum – tapak suci yang dikaitkan dengan kisah Nabi Ayub dan terkenal dengan mata air keramatnya.
  • Bolo Khouz Complex – satu-satunya monumen yang masih dipelihara di Registan Square yang terdiri daripada kolam takungan, masjid dan menara.
  • Ark Fortress (Citadel Ark) – melihat bahagian luar kubu purba Bukhara yang bermula sejak abad ke-4 dan pernah menjadi istana pemerintah pelbagai dinasti.

Bermalam di Bukhara:
Turon City Plaza Hotel 4★ atau hotel setaraf.

Hari 4 :
BUKHARA (273 km) SAMARKAND (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, anda akan daftar keluar hotel dan bertolak menuju ke Samarkand, bandar kedua terbesar di Uzbekistan yang terkenal sebagai salah satu bandar tertua di dunia, sezaman dengan Babylon dan Rome.

Setibanya di Samarkand, lawatan dimulakan dengan:

  • Imam Al-Bukhari Mausoleum – makam ulama hadis terkenal dunia Islam.
  • Gur-e-Amir Mausoleum – tempat persemadian Amir Temur (Tamerlane) serta ahli keluarganya.

Bermalam di Samarkand:
Marokand Spa Hotel 4★ atau hotel setaraf.

Hari 5 :
SAMARKAND (300 km) TASHKENT (B/L/D)

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, lawatan diteruskan di bandar Samarkand.

Tempat yang akan dilawati:

  • Registan Square (pemandangan luar) yang dikelilingi tiga madrassah terkenal:
    • Ulugbek Madrassah
    • Sher Dor Madrassah
    • Tillya-Kori Madrassah
  • Bibi Khanum Mosque – suatu ketika dahulu merupakan masjid terbesar di Asia Tengah.
  • Shah-i-Zinda Necropolis – kompleks makam dan tempat ziarah yang terkenal sejak abad ke-11.

Selepas makan tengah hari, anda akan diberi masa bebas membeli-belah di Siyob Bazaar, pasar buah kering terbesar di Asia Tengah.

Pada lewat petang, anda akan kembali ke Tashkent menaiki Afrosiyob High-Speed Train atau kereta api ekspres.

Bermalam di Tashkent:
Azimut Hotel 4★ atau hotel setaraf.

Hari 6 :
TASHKENT (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, anda akan menuju ke Chimgan Mountains yang terletak kira-kira 80 km dari Tashkent.

Di sini anda berpeluang menaiki chairlift untuk menikmati pemandangan gunung yang indah dari atas.

Lawatan diteruskan dengan perhentian bergambar di Charvak Lake, tasik yang sangat terkenal dan menjadi lokasi percutian popular penduduk tempatan.

Selepas itu anda akan kembali ke bandar Tashkent untuk makan malam sebelum pulang ke hotel.

Bermalam di Tashkent:
Azimut Hotel 4★ atau hotel setaraf.

Hari 7 :
TASHKENT – DEPARTURE (B/L/D)

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, anda akan memulakan lawatan sekitar bandar Tashkent, ibu negara Uzbekistan dan bandar terbesar di Asia Tengah.

Antara tempat yang akan dilawati:

  • Hazret Imam Complex – pusat keagamaan yang menempatkan manuskrip Al-Quran tertua di Uzbekistan.
  • Chorsu Bazaar – bazar tradisional terbesar di Tashkent.
  • Tashkent Metro Stations – antara stesen metro tercantik di dunia.
  • Broadway Street
  • Independence Square

Perhentian terakhir adalah di Magic City, taman hiburan moden yang terkenal di Tashkent.

Selepas makan malam, anda akan dipindahkan ke Tashkent International Airport untuk penerbangan pulang.

Hari 8 :
ISTANBUL – AIRPORT (B/L/MOB)

Ketibaan Kuala Lumpur dengan kenangan manis dari percutian Uzbekistan. Home sweet rumah.

  • Hotel
  • KLIA
  • Pagi/Tengah Hari/Malam
  • Private transport
  • Tour guide
Whatsapp kami