Trip Info
-
Private transport
-
4-8
-
Hotel
-
Pagi/ Tengah hari/ Malam
-
Tour guide bahasa Indonesia
-
KLIA
-
1 - 8
Itinerary
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, anda akan disambut oleh staf / tour guide kami.
Perjalanan diteruskan ke Bukittinggi (±3 jam).
Dalam perjalanan, singgah di Air Terjun Lembah Anai, Museum Rumah Gadang Padang Panjang, Kedai Bika Neraka, dan membeli-belah di Kedai Kain / Sulam Minang.
Tiba di Bukittinggi, check-in hotel, serta makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke Lembah Harau, Kelok 9, Batusangkar, dan Istana Pagaruyung.
Singgah di Kiniko untuk membeli cenderamata & snek tempatan seperti kopi dan Pisang Salai.
Makan tengah hari & makan malam di restoran tempatan.
Kembali ke hotel di Bukittinggi atau nikmati malam dengan tarian tradisional Minangkabau (pilihan).
Selepas sarapan, lawatan Bukittinggi termasuk Panorama Baru Ngarai Sianok, Jam Gadang, Pasar Atas, Sungai Landi, dan Puncak Lawang untuk pemandangan Tasik Maninjau.
Perjalanan diteruskan ke Padang, tiba dan check-in hotel.
Makan tengah hari & makan malam di restoran tempatan.
Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke Painan (±2 jam) untuk lawatan ke Puncak Mande dan Pantai Painan.
Makan tengah hari di restoran tempatan.
Kembali ke Padang untuk lawatan bandar termasuk Masjid Raya Padang, Pantai Padang, Jambatan Siti Nurbaya, dan China Town.
Makan malam di restoran tempatan, kemudian kembali ke hotel.
Selepas sarapan pagi, program bebas sehingga tiba masa untuk pemindahan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau bagi penerbangan ke destinasi seterusnya.
Tamat lawatan.





